Tuesday 18 October 2011

Laksa Penang





 
Inilah salah satu makanan kegemaran saya. Sangat menyelerakan. Kos menyediakan bahan pun tak banyak dan lagi menyediakan laksa penang ni sangatlah mudah dan simple. Tak da tumis2 ...rebus je kuahnya. Yang penting kuahnya mesti dari ikan yang sedap tak kira ikan salayang (sardin) atau ikan senangin pun boleh..baru ummmppphhh...yummy..yummy...yummy! Jom Makan

Siput Sedut


Masak lemak cili api siput sedut dengan batang keladi. Perghhh! inilah masakan mak kegemaran saya dan suami. Mula2 masak duu tak pandai nak ketuk ekor siput sedut tu tapi dua tiga kali cuba ok lah. Memang mabeles masakan ni, kalau hubby dapat lauk ni sure dia tambah nasi dua tiga pinggan. Tapi sekarang ni agak susah nak dapat siput sedut ni di pasar2. Harganya pun agak mahal...maklumlah dah termasuk dalam kategori makanan exotic.

Monday 17 October 2011

Chocolate chip

 
Petang ni bz lagi..hehehe tak pe yang penting rezeki masuk. Alhamdulillah, kawan minta tolong buatkan chocolate chip. Chocolate chip yang saya buat ni bukan setakat bubuh chocolate chip tp ada pecahan almond and walnut. Bukan setakat rangup tapi menjadikan chocolate chip saya ini sangat special. Inilah kuih raya yang tak menang tangan saya membuatnya bila tiba musim raya. Tengoklah hari ni tak raya pun masih ada tempahan.

Sunday 16 October 2011

Gardening

 
Selain dari memasak, berkebun tidak kira berkebun untuk tanaman hiasan atau makanan juga menjadi salah satu kegemaran saya pada waktu lapang.

Ini adalah para-para yang saya sedang buat untuk tanama orkid saya.

 
Pokok orkid yang ini masih belum berbunga lagi. Pokok orkid tidak perlukan sangat penjagaan yang teliti. Apa yang penting cukup air, cahaya serta baja yang konsisten dan sesuai.

Saturday 15 October 2011

Kek Iman Fikr


Kek hari lahir Iman Fikr. Ini kek yang saya buatkan khas untuk Majlis Hari Jadi anak sulung saya yang ketujuh. Seronok betul dia mendapat kek ini. Berat kek ini lebih kurang 3 kg. Oleh kerana anak lelaki saya ini memang suka kan hidupan laut jadi saya decorate kek ini dengan tema Hidupan Laut dan di atas kek itu ada sebuah pulau yang masih dilitupi hutan dan di tengah-tengah pulau itu ada seorang budak lelaki yang menyandang beg sekolah. Itu lah anak saya Iman Fikr.


Coklat Kek



Hiasan pada kek ni adalah paling simple sekali tapi tadela tak lawa sangat hehe..kalau nak senang tak payah dah nak cari resepi dalam buku ke kat internet dekat plastik tepung kek ni dah ade resepi dia.. ikot je lepastu bakar dah jadi..senang kan.

Mee Bandung

Ha ni dia Mee Bandung. Mee Bandung ni resepi asalnya dari negeri Johor..BUKAN dari Bandung, Indonesia ya....Harap Maklum!..Paling best kalau  nak makan Mee Bandung ni pergilah ke Tanjung Mas, Muar. Masa zaman sekolah dulu kalau kat JB di Gerai Manisah, sebelah Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru. Tak pastilah tempat tu ada lagi tak sekarang. Beberapa tahun dulu ada satu Gerai Kecil sebelah Masjid Kampung Melayu Majidee ....gerai tu cuma jual Mee bandung je...best! sangat rasanya. Gerai ni walaupun tak berapa popular tapi sentiasa penuh dengan penduduk sekitar tambahan lagi lokasinya di sebelah masjid.

Kuih Ketayap


Hehehe...dalam malas-malas pun petang ni..nak makan punya hal, siaplah juga kuih ni. Orang Johor biasanya panggil nama kuih ni Kuih Dadar mungkin agaknya cara nak membuatnya kena dadarkan bancuhan tepung atas kuali macam buat telor dadar. Tapi kat tempat lain orang panggil Kuih Ketayap. Simple dan mudah aje cara membuatnya. Sedap pulak tu. Masuk bakul angkat sendiri...

Benjiroll

Cantikkan kek ni. Bukan susahpun nak membuatnya..ini lah salah satu jenis kek yang kerap mendapat tempahan. Basicnya cuma kek span je. Tapi dipotong dan susun berlapis-lapis. Sapukan jem antara setiap lapisan. Ikutlah jem apa yang kita suka, kalau suka jem strawberi sapulah jem strawberi...terpulang kepada kegemaran kita.

Kek Buah Kukus



Inilah kek buah-buahan kukus yang menjadi kegemaran keluarga saya. Resepi kek buah-buahan kukus ini, adalah resepi turun-temurun keluarga saya. Kalau kat JB, biasanya kalau pergi beraya boleh kata tiap-tiap rumah ada kek ni. Macam ada kekurangan dikalangan orang-orang veteran kalau tak ada kek ni dan kuih tat nanas.


Masakan Saya

Memasak terutamanya membuat kek, roti dan biskut merupakan perkara yang saya akan lakukan pada waktu lapang. Hobi memasak ini memberikan kepuasan kepada saya apalagi jika hasil masakan saya itu digemari dan mendapat pujian daripada suami dan anak-anak saya. Memasak juga memberi sumber pendapatan tambahan kepada saya kerana hasil air tangan saya bukan sahaja disukai oleh keluarga tetapi rakan-rakan dan jiran tetangga. 

Memasak perlu ada jiwa. Barulah terbit rasa dan kepuasan dalam masakan. Hobi memasak terbit dalam jiwa saya sejak dari zaman kanak-kanak lagi. selalu main masak-masak bersama kakak yang pada masa itu awal remaja apabila ibu tiada di rumah. Habis kami kerjakan gula, tepung, marjerin dan apa saja bahan mentah ibu di dapur. Hehehe...sangat seronok apabila ujikaji kami menjadi. Bila menjadi kami hidangkan pada ibu apabila dia balik kerja...berbunga hati bila ibu ayah puji..tapi....bila tak menjadi, takut kena bebel...apalagi kami bungkus dan buang dalam tong sampahlah. Nakal juga saya ni kan.